Tuesday 11 April 2017

Kereta Manual Atau Automatik yang Menjadi Pilihan?


Assalamualaikum dan Selamat Tengahari,


Apabila ingin memiliki kenderaan sendiri, ada beberapa faktor pemilihan kereta yang sering dtitikberatkan oleh bakal pembeli terutamanya golongan muda. Antaranya ialah spesifikasi (termasuk saiz kereta) serta pemilihan gear sama ada manual ataupun automatik. 

Golongan muda zaman kini didapati lebih gemar untuk memandu kereta automatik. Walaupun rata-rata pusat latihan memandu mengadakan proses pembelajaran menggunakan kereta manual tetapi tidak ramai yang mampu untuk memandu kereta manual setelah memperoleh lesen kereta. 



Manual Atau Automatik?


Manual Lebih Mencabar

Pemanduan kereta manual lebih mencabar kerana ia melibatkan kedua kaki dan tangan untuk mengawal kereta tersebut dengan baik. Kawalan tangan perlu untuk mengawal gear dan stereng secara serentak manakala kawalan kaki pula penting untuk mengawal pedal klac dan brek secara serentak.

Kebiasannya lelaki gemar kereta jenis manual kerana dikatakan lebih mencabar berbanding kereta bertransmisi automatik yang lebih kepada pemanduan yang santai.


Tips Elak Enjin Kereta Manual Mati Semasa Memandu

1.  Tekan klac sepenuhnya dan masuk gear satu, kemudian angkat separuh kaki kiri dari klac atau sehingga terasa sedikit getaran dan tahan kaki kiri anda.

2.  Kaki kanan anda pula tekankan sedikit pada pedal minyak 

3. Perlahan-lahan teruskan mengangkat kaki kiri daripada klac dan imbangkan dengan tekanan pada pedal minyak di kaki kanan.



Automatik Mudah Dikendali

Bagi yang perlu mengahap kesesakan jalan raya sehari-hari, lebih sesuailah untuk gunakan kereta automatik kerana ianya lebih mudah dikendali dan kurang pergerakan kaki berbanding kereta manual. Tiada pedal klac, ini bermakna ia bergerak secara automatik, tidak perlu kawalan klac dan hanya perlu untuk tekan pedal minyak sedikit untuk menggerakkan kereta. Mudah.

===

Tidak dinafikan ada juga yang mampu untuk menguasai kedua-dua jenis kereta ini namun perlu ditekankan kepada mereka untuk lebih peka kerana kereta manual dan automatik ada sedikit perbezaan dalam pemanduannya. Kekeliruan mungkin akan terjadi dan ianya dapat membahayakan diri serta orang sekeliling.

Bagi menjawab soalan asal, "kereta manual atau automatik yang menjadi pilihan?". Dapat disimpulkan kereta automatik sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Namun, masih ada segelintir pemandu yang gemar untuk memandu kereta manual. Kebiasannya, demi kepuasan sendiri. Jadi semuanya bergantung pada pemilihan masing-masing serta perlu diliaht juga berkenaan tujuan kegunaan kereta tersebut. 

Sumber: Harian Metro


Kereta Sewa Impian Emas
Hubungi >>> 019 7402 777

Klezcar  - Kereta Sewa Terbaik Untuk Anda
Cars For Everyone, Anytime & Anywhere


1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site Review | Casino Site, Bonus | Odds, Tips
    Lucky Club is a new site for Australian players with a luckyclub.live variety of betting markets and a lot more! Read our review to learn more about their promotions

    ReplyDelete